Saturday, April 9, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Hebat sungguh kata kata kementerian dgn gahnya tema hari guru, "guru penjana transformasi pendidikan Negara."...Secara zahirnya, saya menghormati guru guru yang banyak berjasa, tapi kehadiran sesetengah pihak yang menjadikan kerjaya guru sebagai sekadar melepaskan batuk ditangga amat mendukacitakan..

Kita kenang kembali pada beberapa tahun dahulu, kerjaya guru biasanya disandang oleh bijak pandai yang memegang segulung ijazah. Mereka dianggap hero kerana disaat itu, jarang sekali masyarakat yang berusaha utk memajukan diri dan bangsa dlm aspek pendidikan. Jika dulu, pemegang diploma dianggap hebat. Kini, graduan sarjana muda kian berlambak. Graduan sarjana dan kedoktoran pula dianggap hero oleh masyarakat. Kita rujuk kembali dalam aspek pendidikan, bagaimana keadaan pemilihan guru masa kini..?

Suatu ketika dahulu, graduan yang lahir dari menara gading boleh memasuki profesion guru tanpa kekangan yang pelbagai. Mereka pada hakikatnya layak kerana mereka dikategorikan sebagai seorang yang bijak pandai serta berilmu. Mereka lah manusia yang tahu menghargai masa, tahu menguruskan kehidupan dgn mengutamakan yang penting dan mengabaikan yang melalaikan, mereka menitik berat kan kualiti bukan kerehatan, hal ini lah yang mendorong mereka menjadi seorang ilmuwan. Ilmu lah yang penting utk mendidik masyarakat menjadi insan berguna dan berjaya. Di arus kini, golongan yang kurang cemerlang di sekolah biasanya akan mengambil profession perguruan. Mereka akan memasuki maktab perguruan dan seterusnya tamat belajar dan terus akan dihantar kesekolah sekolah bagi memulakan kerjaya. Teringat pula disaat saya bersembang dgn kawan lama cnthnya A, A ialah seorang pelajar biasa biasa saje,..em. bermasalah juga,selalu ponteng, selalu melanggar peraturan sekolah, mendapat keputusan peperiksaan seperti 20/ 40.. dan akhirnya saya dapati dia belajar di UPSI dan bakal menjadi guru. ooH! terkejut benar saya. Jika sejak kecil mereka dilatih begitu, tidak mustahil sikap sedemikian akan terbawa bawa disekolah. Itulah sebabnya, dimasa kini, kita selalu mendengar khabar yang guru bercinta dengan pelajar, guru selalu ponteng kelas, guru merogol pelajar, guru memukul pelajar kerana sifat baran, guru mengajar sekadar melepaskan batuk ditangga. Hal ini berlaku kerana kurang kesedaran dikalangan sesetengah para guru tentang kepentingan ilmu dan peranan dan tanggungjawab guru. Akhirnya pelajar terpaksa mendapatkan khidmat pusat tuisyen untuk membantu mereka. Sistem negara yang mewajibkan graduan yang hanya mengambil kos pendidikan sahaja boleh menjadi guru bagi saya adalah kurang wajar. Ya saya tahu, graduan bukan pendidikan juga boleh memohon guru. TETAPI ia bersyarat, iaitu mendapatkan DPLI atau KPLI.... Cadangan saya...1. Graduan kos selain pendidikan sewajarnya tidak disekat mengikuti profesion perguruan (iaitu wajib mendapatkan DPLI atau KPLI). Tetapi dengan menukarkan bahawa DPLI dan KPLI ialah khursus yang wajib dihadiri oleh mereka apabila menjadi guru. Yang kedua, syarat kemasukan pelajar (bakal guru) dalam bidang perguruan mestilah melepasi tahap pencapaian yang membanggakan dan bukanlah sekadar mencapaian yang minimum....3. Bakal guru mestilah diberikan penekanan lebih kepada subjek yang dipelajari bukan sekadar "surface". Contoh, guru kimia. Mereka mestilah diberikan latihan secara praktikal lab, belajar aspek theory dan latihan mengajar dengan lebih mendalam.

Bagi para guru yang membaca entry ni, jadilah guru yang berkualiti mendidik anak bangsa. Tanpa guru, anak murid akan lalai tentang ilmu. Mereka bakal di jajah kembali. Penjajahan minda dan nilai. Masa mereka banyak dihabiskan disekolah dan kawan kawan, jgn hampakan harapan ibubapa kepada kita.....

No comments:

Post a Comment