Tuesday, August 16, 2011

Biarkan

Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia berbunga di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia bercambah di kemudian hari, Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia kembang mekar di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia CINTA yang di REDHAI ILAHI. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Biarkan CINTA itu DIAM, Kerana CINTA yang DIAM itu kemungkinan adalah SATU ANUGERAH ILAHI, Kepada hamba-hamba-NYA yang benar-benar YAKIN akan KETETAPAN dari YANG MAHA PENYAYANG, Seperti Firman-NYA :- "...Lelaki-Lelaki BAIK, untuk Wanita-Wanita BAIK..." Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya sepanjang Kesepian CINTA itu, kau berpeluang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini, Carilah CINTA ILAHI, Kerana andai kau perolehi CINTA dari ILAHI, Nescaya kau akan perolehi CINTA dari seorang Insan bernama SUAMI/ISTERI, Tetapi andai kau telah perolehi CINTA Insani sebelum kau perolehi CINTA dari ILAHI, Ketahuilah,,, Kemungkinan CINTA itu CINTA yang tidak kekal yang akan kau perolehi, Mesti di ingat Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG... Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEHAH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEHAH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEH, Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEHAH. Insya ALLAH,,, Kelak kau akan mendapat Natijahnya dari YANG MAHA ADIL, ALLAH MAHA PENGMAPUN MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENERIMA TAUBAT... Wallahu'alam... =)

No comments:

Post a Comment