Pada 19 September yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.
Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?
Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.
Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. Masya-Allah.
Siapa dirinya?
Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.
Apa yang ada padanya?
Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?
Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.
Mungkinkah esok?
Mungkinkah bulan hadapan?
Ataupun mungkinkah tahun hadapan?
Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.
Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...
Masa sudah tamat, tiada?
Dialah malaikat IZRAIL...
19 September 1992 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.
Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?
Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.
"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."
Amin Ya Rabbal alamin... ((cerita copy paste))
Sunday, September 11, 2011
Friday, August 19, 2011
Dia Menangis...MaaPkan Saye...
Siapa nanagis..? oven saya lah...mula beli tahun 1999....teringin nk masak biskut, jadi bagi duit rm 100 kat umi suruh beli oven...satu hari di bulan puasa thun 2011...tempat letak biskut dah tercabut...saya ingat dah rosak...rupanya tercabut je dan leh masukkan smula...tapi saya dah beli baru...harganya rm200...cian oven lamakuuuu...
Tuesday, August 16, 2011
Biarkan
Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia berbunga di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia bercambah di kemudian hari, Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia kembang mekar di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia CINTA yang di REDHAI ILAHI. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Biarkan CINTA itu DIAM, Kerana CINTA yang DIAM itu kemungkinan adalah SATU ANUGERAH ILAHI, Kepada hamba-hamba-NYA yang benar-benar YAKIN akan KETETAPAN dari YANG MAHA PENYAYANG, Seperti Firman-NYA :- "...Lelaki-Lelaki BAIK, untuk Wanita-Wanita BAIK..." Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya sepanjang Kesepian CINTA itu, kau berpeluang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini, Carilah CINTA ILAHI, Kerana andai kau perolehi CINTA dari ILAHI, Nescaya kau akan perolehi CINTA dari seorang Insan bernama SUAMI/ISTERI, Tetapi andai kau telah perolehi CINTA Insani sebelum kau perolehi CINTA dari ILAHI, Ketahuilah,,, Kemungkinan CINTA itu CINTA yang tidak kekal yang akan kau perolehi, Mesti di ingat Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG... Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEHAH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEHAH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEH, Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEHAH. Insya ALLAH,,, Kelak kau akan mendapat Natijahnya dari YANG MAHA ADIL, ALLAH MAHA PENGMAPUN MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENERIMA TAUBAT... Wallahu'alam... =)
Sunday, August 14, 2011
Pizza Mini Nyum2x...^_^
zup2! cuma tinggal satu...^_^ sape cepat dia daapat...!
Bahan bahan:
200 ml air
300 g tepung roti..
14 g gula
3.5g garam
16 g shortening / marjerin
1/2 sudu kecil bread softener
3 g dry yeast
6 g susu tepung
topping
hotdog
sos cili / sos tomato/ sos pizza
mayonis
asparagus/sayur campur
telur utk sapu pada roti + susu cair@pekat
cara cara masak:
1. Gaulkan tepung, susu tepung, gula, garam, air, margerin, bread softener...yeast (larutkan dalam sikit air suam utk aktifkan dia)
2. Uli doh hingga sebati dengan tolak kehadapan menggunakan tapak tangan. Ulang langkah sama hingga doh sebati dan lembut.
3. Biarkan doh mengembang lebih kurang stgh jam. Bila doh dah naik, uli bentuk yang dikehendaki.
4. lihat link ni kalau nak dapatkan corak mcm diatas.. http://www.trymasak.my/resepi/video/Roti%20Pizza%20Mini
5. Rehatkan doh selama setengah jam/sejam
5. Hiaslah topping mengikut kretiviti. Ambil sayur campur gaulkan dengan mayonis hingga sebati.
6. Sapukan doh yang telah mengembang dgn (telur+susu).
7. Letakkan campuran sayur tadi ditengah tengah roti. Hiaskan sos cili.
8. Siap utk dibakar. suhu 160 -180 'C. selama 10-15 minit. api atas dan bawah.
Saturday, August 13, 2011
Bledor Kastard / Agar-Agar Kastard
Bahan Bahan
1. Agar2 lebih kurang bila basuh tu, dalam 3/4 cawan..
2. Tepung kastard 1 sudu besar (larut kan dlm sedikit air)
1. Agar2 lebih kurang bila basuh tu, dalam 3/4 cawan..
2. Tepung kastard 1 sudu besar (larut kan dlm sedikit air)
3. Susu pekat manis dlm setengah tin (bgantung pada nak manis mane)
@ guna susu cair maka perlu tambah gula...
4. air
Cara Masak
1. Rebuskan air bersama agar agar hingga larut sepenuhnye. air lebih kurang 3 gelas.
2. Bila dah larut sepenuhnya, Tutupkan api.
3. masukkan larutan tepung kastard dan susu pekat. kacau hingga sebati
4. didihkan supaya tepung tadi masak sambil kacau.
5. siap. masukkan dalam bekas dan sejukkan.
Friday, August 12, 2011
Solok Lada Special Ibu...^_^
Bahan- Bahan...
1. Ikan saiz sederhana 2 ekor..(tanpa rebus)
2. Lada besar 7 ketul....(bukan cili padi)
3. Kelapa parut satu senduk
4. Santan lebih kurang 1 cawan
5. bawang dikisar 1 sudu besar (bwg besar, bawang merah, halia, bawang putih)
6. Garam 1 sudu kecil
cara-cara
1. asingkan isi ikan dengan tulangnya. Sesetengah orang nak mudah, rebus ikan dulu...tapi kalu nak lebih sedap, guna isi ikan yang mentah.
2. ambik kelapa parut tadi, gaulkan dengan ikan hingga sebati. (tumbuk dengan alu lesong)
3. Bila dah sebati, tambahkan sesudu kecil garam, sesudu besar bawang yang dah dikisar.
4. Gaul hingga sebati.
5. Isikan adunan kedalam lada besar.
6. Masukkan lada yang siap disumbat tadi kedalam periuk bertutup.
7. Masukkan santan kedalam periuk, tutup, dan rebus sehingga santan kering. (jgn kasi hangit)
8. dah kering?? maka siaplah..^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)