Friday, April 24, 2009

CIRI-CIRI ORANG YANG BERJAYA











              CIRI CIRI ORANG YANG BERJAYA

                        Surah Al Mu'minun

Sungguh beruntung orang-orang yang beriman. Pernah kah anda tertanya-tanya, apa kreteria yang boleh kita katakan dia adalah beriman. Surah Al Mu'minun ayat 1-11 ada menyebut ciri ciri orang yang beriman.

Seseorang yang beriman akan melakukan perkara yang baik. Antara perkara penting yang perlu ada ialah:
1. sesorang yang berjaya pastinya kusyuk dalam solatnya.
2. juga mampu menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak berguna.
3. individu tersebut mestilah menunaikan zakat.
4. mereka juga memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri isteri mereka atau hamba sahaja yang mereka miliki, (ini rujuk kepada zaman nabi dulu). Maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barang siapa mencari di balik itu ( dgn berzina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
5. juga beruntung orang yang memelihara amanat amanat dan janjinya,
6. dan juga orang yang memelihara solatnya. (means solat diawal waktu)

Ciri ciri orang seperti inilah yang akan menikmati kenikmatan dan mewarisi keindahan syurga Firdaus. Bahkan mereka akan kekal selamanya bersenang lenang disana. Subhanallah...

No comments:

Post a Comment