Wednesday, May 18, 2011

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU...

Sempena hari ni hari guru 16 Mei 2011...Saya Zetty anak kepada cikgu Mizi dan cikgu Azma mengucapkan selamat hari Guru, firstly kpd Ibubapa saya selaku guru di daerah Tanah Merah dan Machang....Bukan sahaja dirimu guru di sekolah, bahkan juga guru di sisi anak-anak mu. Melatih, mendidik dan yang paling penting, pengorban yang tak berbelah bagi yang dikau berikan supaya kami menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia...Terima kasih umi abah yang tersayang...

Seterusnya masih lagi pertama bukan kedua, ribuan terima kasih kepada guru guru saya yang baaaaanyak berkorban masa, tenaga dan wang dalam memastikan saya dapat menjadi seorang yang berjaya..

ustaz dan ustazah di TASKI AL-IHSAN (machang) (1990-1991)
cikgu cikgu di kelas 1 Merah SK Ayer Merah (1992)
cikgu2 dan ustaz ustazah di SK Ayer Merah (1993-1999)
ustaz usatazah dan guru2 di SMU(A) Syamsul Maarif Pulai Chondong (2000-2003)
Ustaz ustazah serta guru2 di Maahad Muhammadi Lilbanat Jalan Merbau (2004)
Cikgu2 dan ustaz ustazah di MRSM Yayasan Terengganu Besut (2004-2005)
Penyarah2 semasa UTM-MARA ekspress di UTM skudai (2006)
Pensyarah UTM jabatan kimia (2006-2011)

Jasa guru guru dan ustaz ustazah amat saya kenang hinggalah ke akhir hayat saya....ribuan terima kasih kerana sudi mendidik anak murid mu yang nakal ni...

Kenangan terindah yang selalu bermain difikiran...
1. Masa tadika belajar tentang doa. Balik tu, sy ceritakan kat umi, "umi, cikgu ajar doa tgk gajah dalam cermin" rupa rupanya"doa tgk wajah dalam cermin"...hihi...
2. masa sekolah rendah, nakal sgt...tarik kerusi owg yang mau duduk...ada ustazah zubaidah kat situ tegur, baru nak insaff....
3. Guru besar SKAM Encik Rasyid datang jumpa saya...katanya dia mimpi saya dapat 5A upsr..alhamdullah, kata kata adalah doa..saya satu satunya pelajar 5A tahun tu...:)
3. Cikgu Hanafi bagi ole ole (tempat letak pensil) sempena 5A upsr.....^_^
4. Kak Zah Kantin skolah Ayer Merah bagi Jubah sebagai hadiah UPSR...fuyo, bersemangat nak pergi belajar kat sekolah arab....motivasi secara tak sedar diberikan oleh kak zah.

Saya nak jadi baik

Burung bertasbih dipagi hari....
Saya pula diselubungi kekesalan dan malu pada ~~dia~~~...
Ditambah pula rasa berdosa dan menyesal pada DIA....
pada ~~dia~~ hanya mampu hulurkan kemaafan....
atas keterlanjuran kata yang memang tak bermanfaat...
pada diri sendiri, pada dri owg lain, dan pada agama....
Pada DIA, taubat nasuha itu yang terbaik....
bukakan pintu hatiku, berikanlah taufik & hidayahmu....
Seseorangnya aku telah menzalimi diriku sendiri,....
Sekiranya engkau tidak mengampuniku....
Tergolonglah aku dikalangan owg yang zalim...

AaaAAaaaAA malunyer.......
kenapa lah benda nyata dan jelas salah boleh diutarakan...
Perlu tingkatkan benteng ilmu di dada...
bagi mengharungi arus kehidupan yang berdebu...
mahu menjadi baik, bkwn lah dgn owg yang baik...
ya Allah...cepatnya saya terpengaruh....!
tetapkanlah pendirianku dgn berpegang teguh dalam agamamu...
batas pergaulan dalam islam tak membenarkan bebas meluahkan....
perlu adanya adat dalam persahabatan....
tiada COP rasmi couple dibenarkan dalam islam....!
tiada pula dibolehkan layanan mesra bagi insan yang belum hak...!
kesimpulannya, jaga batas pergaulan...!
terima kasih atas teguranmu....

maafkan saya hamba yang lemah....

Jangan bertasbihkan cinta

Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

"Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya," luah seorang isteri.

"Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..." ujar saya.

"Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil," balasnya.
"Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. "
"Akibatnya ini?"
"Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!

Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.

Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan... ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.

Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.

Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?

Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri,"wahai diri, kau berkahwin kerana Allah..." Insya-Allah, "talian hayat" perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.

Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!

Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.

Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.

Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, "Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan."
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal...

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem "Bila Cinta Bertasbih". Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!

Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui'orang perantaraan' (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap "mengenal" agama bakal calon.

Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan "maklumat" tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.

Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.

Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.

Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.

Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.

Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!

Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!


artikel from: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2260-jangan-bertasbihkan-cinta.html

Tuesday, May 10, 2011

Tazkirah today


Tidak seorangpun yang sudi digolongkan sebagai orang yang jahil atau bebal, sebaliknya masing-masing ingin dipandang sebagai orang yang bijak dan cerdik. Sekalipun mereka tidak berusaha untuk melayakkan dirinya untuk digolongkan sebagai manusia bijak dan cerdik, malah tidak kurang juga orang yang berlagak bijak meskipun dia sebenarnya adalah sebaliknya.
Ada orang yang mengukur kebijaksanaan seseorang itu berdasarkan ijazah yang dimiliki, kerana orang yang lulus dalam sesuatu pepereksaan hingga melayakkan mereka menerima ijazah itu, adalah bukti bahawa dia seorang yang bijak. Si jahil adalah mustahil boleh mencapai segulung ijazah, kecuali dia telah berusaha membuang kejahilannya dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tidak dinafikan orang yang memiliki ijazah adalah orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang ticlak memiliki ijazah itu ticlak bijak, kerana jika ditinjau dari kacamata Islam bahawa orang yang beriman itu lebih bijak dari orang yang ticlak beriman. Orang yang beriman dianggap bijak oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, mengetahui rahsia disebalik alam barzah. Dan seterusnya mengetahui alam akhirat dengan segala peristiwa Mahsyar, as-Shur (tetuang sangkakala) al-mizan (timbangan amal), as-Shirot (titian ke Syurga), an-Nar (neraka) dan al-jannah (syurga).
Orang mukmin yang sebenar adalah mengetahui setaip perkara yang diimani dan diyakini, kerana itu mereka dianggap bijak oleh kerana mengetahui sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata zahirnya, khususnya mengenai kehidupan selepas mati iaitu alam barzah dan alam akhirat. Sedangkan orang yang tidak beriman melihat kematian itu seolah-olah suatu noktah bagi setiap kehidupan, mereka tidak yakin adanya kehidupan selepas mati.
Justeru itu ia telah meletakkan orang yang beriman lebih bijak dan lebih baik dari orang yang tidak beriman, namun demikian taraf kebijaksanaan dan kebaikan di kalangan orang-orang yang beriman mempunyai peringkat, ada yang kurang dan ada yang lebih, bergantung kepada keilmuan sejauh mana ia diamalkan dan sejauh mana keikhlasan, kerana amal yang didasarkan kepada ilmu itu sebenarnya yang membuahkan keimanan.
Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia."
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?" jawab, Nabi saw: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."
Demikianlah ukuran cerdik pada pandangan Islam jauh berbeza dengan tanggapan manusia ramai, kerana manusia ramai mengukur kecerdikan itu berdasarkan pencapaian mereka dalam akademik, serta kepakaran dalam cabang ilmu pengetahuan, termasuk juga para pengkaji dan saintis yang berjaya menghasilkan ciptaan baru dalam dunia teknologi canggih. Walaupun Islam tidak menafikan cabang-cabang ilmu tersebut, tetapi ia hanya akan lebih bernilai jika ia dapat membantu mempertingkatkan keimanan seseorang terhadap Allah Taala dan juga alam akhirat.
Islam melihat dari sudut tersendiri iaitu kecerdikan berdasar kepada kemampuan menggunakan ilmu, untuk melihat rahsia yang tersembunyi di alam ghaib selepas mati. Lantaran itu orang yang sentiasa mengingati mati akan lebih memahami kehidupan sebenar di alam kubur iaitu alam perantara, di antara alam dunia dan alam akhirat.
Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa, kerana dosa akan membawa akibat buruk di alam barzah dan lebih-lebih lagi di akhirat. Setiap apa yang dilakukan akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah Melayu 'tepuk dada tanya selera' yang membawa erti hidup dibawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati itu akan sentiasa bertanya imannya sendiri, iaitu `tepuk dada tanya iman'.
Jika dia seorang ketua rumahtangga dia tidak akan lalai dari melaksanakan tanggungjawabnya, memimpin anak-anak dan isteri menurut petunjuk iman. Dengan itu wujudlah tarbiyah Islam dan suasana rumahtangga terpancar nur Islam.
Begitu juga jika dia seorang peniaga yang sentiasa mengingati mati, nescaya dia akan menjadi peniaga yang jujur. Tidak mengecoh atau menipu dalam sukatan, tidak menyembunyikan kecacatan barangan yang diniagakan, tidak menindas pengguna dengan mengambil keuntungan yang berlebihan, tidak menyorokkan barang keperluan umum semata-mata kerana hendak melambungkan harga bagi meraih keuntungan yang berlipat ganda.
Apatah pula jika dia seorang pemimpin negara, andainya dia tidak sentiasa mengingati mati atau tidak beriman dengan Allah Taala, nescaya tiada alasan untuk pemimpin tersebut bagi melaksanakan hukum Allah SWT, sebaliknya dia akan menggunakan kekuasaan untuk memuaskan nafsu bagi mengaut kekayaan dari harta negara dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Peniaga yang amanah akan bersama para malaikat yang mulia di akhirat kelak." Dan pada hadith yang lain disebut: "Peniaga yang amanah akan bersamaku (Rasulullah) di dalam syurga."
Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru itu tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu. Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu sebagaimana firman Allah SWT:
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ
Yang bermaksud:
"Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orangyang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat. "
(Surah at-Mujaditab ayat 11)
Allah Taala mengangkat derajat orang beriman dan berilmu pengetahuan kerana mereka mempunyai asas yang kukuh untuk unggul ketaqwaannya, berdasarkan bahawa hati mereka sentiasa mengingati mati, sangat sensitif terhadap suruhan dan larangan Allah, tidak mungkin mereka akan melanggar larangan Allah Taala, kerana meninggalkan kefardhuan dan melakukan kejahatan akan menyulitkan kehidupannya di alam barzah dan di akhirat. Mereka sentiasa gementar hatinya terhadap ancaman Allah. Seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
اْۗنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُ
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama."
(Surah Faathir ayat 28).
Mengingati mati tidak akan menimbulkan kesan yang fasip atau negatif, sebagaimana anggapan setengah golongan orang yang tidak memahami hikmah di sebalik zikrul maut itu. Ramai orang jahil berkata, jika asyik ingat mati nescaya tidak akan membangun. Anggapan itu amat keliru kerana pembangunan masyarakat manusia tidak hanya pembangunan benda, kerana pembangunan benda tanpa pembangunan jiwa atau rohani pasti akan hancur binasa.
Dunia menyaksikan betapa kemajuan benda yang dihasilkan oleh kepakaran manusia, kemudiannya dihancurkan oleh tangan manusia sendiri. Los Angeles sebuah bandaraya di Amerika musnah menjadi abu apabila manusia merusuh, ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap sistem perundangan yang tidak menghasilkan keadilan seperti yang mereka harapkan, khususnya ketika membicarakan kes Rodny King.
Demikianlah nasib sebuah kotaraya yang disuburkan dengan tamadun kekufuran, akibat sistem perundangan ciptaan manusia yang tidak berteraskan wahyu Ilahi, tanpa iman kepada Allah Taala, tiada kepercayaan kepada hari pembalasan, sebab itulah perundangan mereka tidak menjanjikan keadilan.
Andainya manusia membangun kebenclaan dan kemudiannya tangan mereka sendiri pula yang meruntuhnya, sudah nyata mereka bukan golongan yang cerdik. Justeru orang yang bodoh dan dangkal saja yang membina tamadun benda semata-mata yang tidak menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya untuk mewarisi kesengsaraan.
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.
Apabila nafsu yang ganas telah ditundukkan, maka akan bertambah mudahlah usaha untuk membuat persiapan dan bekalan bagi menghadapi suatu kehidupan abadi selepas mati. Justeru nafsu yang ganas itulah yang selama ini menjadi penghalang, hendak menderma untuk kebajikan atau perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak lagi keberatan kerana sifat bakhil yang didalangi oleh nafsu itu sudah ditundukkan.
Orang yang tidak pernah mengingati mati adalah orang yang dangkal ilmu pengetahuan dan lemah, terutama dalam aspek kerohanian. Golongan tersebut sering menjadi tunggangan kepada nafsunya sendiri, hidup dalam suasana lalai dan terpesona dengan kelazatan dunia yang bersifat sementara, sedangkan kesenangan akhirat itulah yang kekal. Jika ada manusia yang tidak memilih kebahagiaan yang kekal, nescaya mereka itu adalah terdiri dari orangorang yang dungu.
Tazkirah daripada,
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Malam Pertama di Syurga

Buku tulisan ADIL AKHYAR penerbit Pustaka Azhar bertajuk Malam pertama di Syurga sgt menarik utk di baca...buku ni saya pinjam dari seorang kawan...penerangannya memukau hati mengajak kita supaya bertakwa kepada Allah..Amatlah rugi sesiapa yang mengingkari suruhan Allah...Berpuasalah di dunia dari perkara boleh menimbulkan dosa kerana kelak banyak kesenangan dan ganjaran diberikan Allah bagi insan yang bertakwa...

Antara petikan yang memikat hati saya...Tambah tambah saya ni seorang wanita...hehe...

Daripada Abu Hurairah berkata bahawa rasulullah SAW bersabda bermaksud "sesiapa saja yang bertakwa akan masuk syurga yang penuh kenikmatan, tiada celaka, hidup tidak akan mati serta pakaiannya tidak rosak dan tidak mengalami tua..." (H.R. Ahmad)

"sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan disana mereka menyanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu, mereka menyanyikan, " kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak akan pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan pernah marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya" (H.R. At- Tirmizi)

Berbahagialah bagi manusia yang bertakwa kepada Allah...wanita wanita solehah akan masuk syurga menantikan suami tersayang...Mereka akan menjadi bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari dan di mata suami....gembira kan mendengarnya...? kalu awak tak gembira bila baca ni, perlu buat sesuatu tuu.....

"Sesungguhnya para bidadari di syurga menyanyi mengatakan " kamilah wanita yang baik dan cantik, yang disediakan utk suami suami yang berbudi baik"... ( H.R Abu Ya'la)

antara sifat bidadari dalam hadis rasulullah digambarkan...
1. dikurniakan cahaya dan bau harum semerbak yang dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi.
2.dikurniakan betis yang tembus pandangan sehingga terlihat jantung betisnya...
3. mempunyai rasa cemburu terhadap suami mereka sebagai calon penghuni syurga...
4. mempunyai suara yang sangat merdu dan tidak pernah terdengar oleh manusia sebelumnya...

semestinya lah bidadari ini cantik dan lembut tutur kata nya....pernah ummu salamah bertanya kepada rasulullah...."bagaimanakah tentang ayat "seakan akan mereka ialah telur(burung unta) yang tersimpan denagan baik (Ash- Shaffat ayat 49) maka Nabi menjawab, "iaitu kelembutan mereka seperti lembutnya selaput di dalam telur yang melekat di kulit luarnya..."

berbahagialah wanita yang bertakwa...dan lelaki yang bertakwa....mahu tak awak jadi lelaki atau wanita beriman kpd Allah..?? ayuh kita sama sama berubah....

antara sifat lain bidadari yang patut diamalkan oleh seorang muslimah ialah "Qaashiraatut-tharfi" yang ertinya menundukkan pandangan, bukan liar pandangannya ataupun singkat pandangannnya...Maksudnya bidadari ini hanya akan memandang penduduk syurga sebagai suami mereka. Dan mereka menundukkan pandangan matanya kepada lelaki yang bukan suaminya....Kerana dalam prinsip hidupnya, suaminyalah yang terbaik....!!! ^_^


waallahua'lam...kita berhenti disini sahaja lah dulu....sungguh beruntung wanita yang menjaga kehormatannya...menjaga imannya...dan mentaati suaminya....beruntung jugalah lelaki jika memperoleh isteri yang begitu...sama samalah kita lengkapkan diri utk menjadi yang terbaik....demi suami tersayang....^_^



layari blog ini untuk pengisian rohani....