Saturday, June 27, 2009

~~~si....ai...end....ti...a~~~


Apa sebenarnya erti CINTA...
Adakah pabila tersayang hadir dimata...
atau yang mampu disentuh dirasa...
atau memilikinya secara paksa...

kasih yang muncul di hati...
walau dicincang ia tidak mati...
walau dihalau dia kembali...
walau ditolak dia menanti..
tapi sampai bila akan begini...

mengapa perlu rasa derita...
adakah kerana kita didunia...
atau sifat materialistik sesama manusia...
mengapa tidak kita redha sentiasa...

Rasullullah pernah berikan pesanan...
berkaitan ciri ciri jodoh pilihan...
jika rupa paras ia tidak berkekalan...
harta benda pula, pasti kehabisan...
begitu juga nilai asal keturunan...

Sabda Baginda yang Bijaksana....
pilihlah kerana AGAMA...
pastinya kamu akan gembira...

wahai siswa siswi...
jangan turunkan harga diri...
hanya kerana ingin memiliki..
redha ilahi itu abadi...
akan dihitung dan ditimbangi...
yakinlah dan pasti...
kemesraan kasih akan bertaut kembali...
dihujani wangian taman firdhausi...

-iezzah87-

No comments:

Post a Comment