Friday, August 19, 2011

Dia Menangis...MaaPkan Saye...

Siapa nanagis..? oven saya lah...mula beli tahun 1999....teringin nk masak biskut, jadi bagi duit rm 100 kat umi suruh beli oven...satu hari di bulan puasa thun 2011...tempat letak biskut dah tercabut...saya ingat dah rosak...rupanya tercabut je dan leh masukkan smula...tapi saya dah beli baru...harganya rm200...cian oven lamakuuuu...

Tuesday, August 16, 2011

Biarkan

Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia berbunga di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia bercambah di kemudian hari, Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia kembang mekar di kemudian hari. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya ia CINTA yang di REDHAI ILAHI. Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Biarkan CINTA itu DIAM, Kerana CINTA yang DIAM itu kemungkinan adalah SATU ANUGERAH ILAHI, Kepada hamba-hamba-NYA yang benar-benar YAKIN akan KETETAPAN dari YANG MAHA PENYAYANG, Seperti Firman-NYA :- "...Lelaki-Lelaki BAIK, untuk Wanita-Wanita BAIK..." Biarkan CINTA itu DIAM, Supaya sepanjang Kesepian CINTA itu, kau berpeluang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini, Carilah CINTA ILAHI, Kerana andai kau perolehi CINTA dari ILAHI, Nescaya kau akan perolehi CINTA dari seorang Insan bernama SUAMI/ISTERI, Tetapi andai kau telah perolehi CINTA Insani sebelum kau perolehi CINTA dari ILAHI, Ketahuilah,,, Kemungkinan CINTA itu CINTA yang tidak kekal yang akan kau perolehi, Mesti di ingat Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG... Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEHAH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEHAH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEH, Ketahuilah wahai Insani, Untuk mendapatkan yang SOLEH, JANGAN kau sibuk untuk mencari si SOLEH, Tetapi berusahalah perbaiki dirimu untuk menjadi si SOLEHAH. Insya ALLAH,,, Kelak kau akan mendapat Natijahnya dari YANG MAHA ADIL, ALLAH MAHA PENGMAPUN MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENERIMA TAUBAT... Wallahu'alam... =)

Sunday, August 14, 2011

Pizza Mini Nyum2x...^_^

zup2! cuma tinggal satu...^_^ sape cepat dia daapat...!

Bahan bahan:

200 ml air
300 g tepung roti..
14 g gula
3.5g garam
16 g shortening / marjerin
1/2 sudu kecil bread softener
3 g dry yeast
6 g susu tepung

topping
hotdog
sos cili / sos tomato/ sos pizza
mayonis
asparagus/sayur campur
telur utk sapu pada roti + susu cair@pekat

cara cara masak:
1. Gaulkan tepung, susu tepung, gula, garam, air, margerin, bread softener...yeast (larutkan dalam sikit air suam utk aktifkan dia)
2. Uli doh hingga sebati dengan tolak kehadapan menggunakan tapak tangan. Ulang langkah sama hingga doh sebati dan lembut.
3. Biarkan doh mengembang lebih kurang stgh jam. Bila doh dah naik, uli bentuk yang dikehendaki.
4. lihat link ni kalau nak dapatkan corak mcm diatas.. http://www.trymasak.my/resepi/video/Roti%20Pizza%20Mini
5. Rehatkan doh selama setengah jam/sejam
5. Hiaslah topping mengikut kretiviti. Ambil sayur campur gaulkan dengan mayonis hingga sebati.
6. Sapukan doh yang telah mengembang dgn (telur+susu).
7. Letakkan campuran sayur tadi ditengah tengah roti. Hiaskan sos cili.
8. Siap utk dibakar. suhu 160 -180 'C. selama 10-15 minit. api atas dan bawah.

Saturday, August 13, 2011

Bledor Kastard / Agar-Agar Kastard

Bahan Bahan

1. Agar2 lebih kurang bila basuh tu, dalam 3/4 cawan..
2. Tepung kastard 1 sudu besar (larut kan dlm sedikit air)
3. Susu pekat manis dlm setengah tin (bgantung pada nak manis mane)
@ guna susu cair maka perlu tambah gula...
4. air

Cara Masak
1. Rebuskan air bersama agar agar hingga larut sepenuhnye. air lebih kurang 3 gelas.
2. Bila dah larut sepenuhnya, Tutupkan api.
3. masukkan larutan tepung kastard dan susu pekat. kacau hingga sebati
4. didihkan supaya tepung tadi masak sambil kacau.
5. siap. masukkan dalam bekas dan sejukkan.

Friday, August 12, 2011

Solok Lada Special Ibu...^_^

Bahan- Bahan...

1. Ikan saiz sederhana 2 ekor..(tanpa rebus)
2. Lada besar 7 ketul....(bukan cili padi)
3. Kelapa parut satu senduk
4. Santan lebih kurang 1 cawan
5. bawang dikisar 1 sudu besar (bwg besar, bawang merah, halia, bawang putih)
6. Garam 1 sudu kecil

cara-cara
1. asingkan isi ikan dengan tulangnya. Sesetengah orang nak mudah, rebus ikan dulu...tapi kalu nak lebih sedap, guna isi ikan yang mentah.
2. ambik kelapa parut tadi, gaulkan dengan ikan hingga sebati. (tumbuk dengan alu lesong)
3. Bila dah sebati, tambahkan sesudu kecil garam, sesudu besar bawang yang dah dikisar.
4. Gaul hingga sebati.
5. Isikan adunan kedalam lada besar.
6. Masukkan lada yang siap disumbat tadi kedalam periuk bertutup.
7. Masukkan santan kedalam periuk, tutup, dan rebus sehingga santan kering. (jgn kasi hangit)
8. dah kering?? maka siaplah..^_^

Tuesday, August 9, 2011

Menu Berbuka Pada Hari Ini..

Teng3x....semakin lama masa berlalu, fasa pertama ramadhan selesai sudah...saya rasa beruntungnya golongan yang bergelar lelaki...kerana dapat melepasi ketiga tiga fasa dengan takde cuti wajib...Ada hikmahnya Allah menjadikan hambanya yang bergelar hawa dengan kejadian sedemikian...gunakan masa yang ada sebaiknya dalam memperoleh keberkatan Nye.....eem......pahala menyediakan wadah berbuka hari ini jgn ditinggalkan....jom jom...ayuh kita masak masak...^_^

Menu berbuka hari ke 10...
1. Kari gulai ayam
2. Kek cokelat....

lagi...em....kita pikir kejap lagi..jom. jom..:)

Sunday, August 7, 2011

Hari ke 8 ramdhn...

sudah 8 hari kita berpuasa.......22 hari masih berbaki ramadhan......tnya diri awak sendiri...

# terawih buat tak...? izzah menjawab: terawih alhamdullah tak pernah miss....walau cuma lapan rakaat je masjid yaakubiah buat....kalu nak jadikan 21, lakukan kat umah ye....permasalahan: budak2 yang dtg tanpa kawalan ibubapa suka buat bising.....p/s: solatlah dgn kusyuk....

# Al Quran dah baca sampai mane..? izah menjawab: huhu...hari berlalu tapi juzuk tak berlari sama...saya baru baca 2 juzuk al Quran....sikit lagi nak masuk juzuk ketiga...pemasalahan: pompuan dan lelaki berbeza...ada ketika nye diberi masa rehat....waktu pukul 3 hingga magrib perempuan perlu menyediakan juadah berbuka utk alhli keluarga....p/s: jgn berdukacita kerana menyediakan juadah berbuka pun sama hebatnya...Allah tak kan mensia siakan usaha dan pertolongan hambanya...

# buat apa seharian..? izah menjawab: aktiviti saya lakukan masih perlu dibaiki....huhuhu..bila berpuasa, kita rasakan diri seperti penat dan rasakan ingin berehat saje..malas2 mula menyelubungi...p/s: janganlah mensia siakan masa yang ada.....makruh kalu asyik tido je dalam bulan puasa...lakukanlah aktiviti yang bermanfaat dan membantu insan lain...

# ingat tak apa yang makruh, haram buat time poso..? Izah berkata: alhamdullillah ingat...antara yang makruh, gosok gigi waktu gelincir matahari, mandi kerap sgt, tido byk, lagi apa ye.....yang tak boleh, korek telinga atau hidum, makan minum(semestinya). hubungan suami isteri,.sapo yang tahu, tlongla tambah...

# pesanan buat orang yang berpuasa..!! rukun islam ada 5 perkara, 1. mengucap dua kalimah syahadah,2. sembahyang 5 wktu, 3.berpuasa dibulan ramadhan, 4.memunaikan zakat, 5.melaksanakan haji dan umrah jika mampu....jadi, bila berpuasa, jgn pula tinggal solat....! lepas sahur, tunggu sekejap dan selesaikanlah subuh....bagi sape2 yang nak tidur balik, REMEMBER...